Home » Citra Yadim » Sambutan Aidilfitri SAY Sabak Bernam

Sambutan Aidilfitri SAY Sabak Bernam

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Sabak Bernam mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 4 Mei bertempat di  Pusat Latihan Memanah dan Berkuda (PLASMA) di Sungai Besar.

Bukan sekadar kira kira 100  warga SAY Sabak Bernam menyertainya, malah mereka juga menjemput dan meraikan tiga buah keluarga India dalam majlis berkenaan.

Sesuai dengan lokasi program, anggota SAY yang hadir juga diberikan pendedahan tentang teknik teknik memanah yang betul oleh jurulatih bertauliah, Ustaz Kamaruddin Sulaiman.

Walaupun sekadar program ringkas, tetapi ia berjaya mencapai matlamatnya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anggota dan mendekati komuniti lain dalam masyarakat bagi tujuan melestari gerakan dakwah.

Hadir ke majlis ini ialah Pengerusi SAY Sabak Bernam, Puan Hasnah Johari serta barisan ahli jawatankuasanya.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *