Home » Citra Yadim » 70 buah keluarga Orang Asli terima sumbangan Karnival Rahmah

70 buah keluarga Orang Asli terima sumbangan Karnival Rahmah

MUADZAM SHAH – Karnival Rahmah Muadzam Shah yang memasuki hari terakhir pada 23 Ogos diteruskan YADIM dengan pengisian pengisian yang memberi manfaat untuk semua.

Antara program utamanya ialah Ziarah Rahmah ke dua perkampungan Orang Asli di sini iaitu Kampung Buluh Nipis dan Kampung Mikang.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang diketuai Ketua Pegawai Operasinya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, selaku penganjur bersama Karnival Rahmah telah menyampaikan sumbangan kepada 70 buah keluarga terpilih di perkampungan Orang Asli berkenaan.

Turut sama ialah delegasi pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Pekan, SAR Chini, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Sukarelawan Politeknik Muadzam Shah, Pegawai Majlis Ugama Islam Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang serta petugas Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI.

Selain menyampaikan sumbangan, mereka turut mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan Surau Kampung Buluh Nipis dan memberikan pemeriksaan kesihatan untuk penduduk di kawasan sekitarnya.

Terdahulu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz telah  menyampaikan tazkirah subuh dari Masjid Politeknik Muadzam Shah.

Beliau kemudiannya sama sama terlibat menjayakan pelaksanaan kempen ‘Jom Solat Subuh Berjemaah’ dan menyampaikan lencana kempen kepada para pesertanya.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *