Home » Langit Terbuka » SPM 2019: 8,876 calon dapat semua A

SPM 2019: 8,876 calon dapat semua A

Seramai 389,498 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2019 di seluruh Malaysia. - Foto hiasan GPS Bestari

PUTRAJAYA – Seramai 8,867 calon mendapat keputusan cemerlang selepas memperoleh semua A dalam semua pelajaran pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 berbanding 8,436 calon pada tahun 2018.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr. Habibah Abdul Rahim berkata, seramai 77,038 calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 2,678 calon berbanding 74,360 calon pada tahun 2018.

Menurut beliau, seramai 147,738 calon pula mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2019 meningkat sebanyak 69 calon berbanding tahun 2018.

“Seramai 337,773 calon layak dianugerah sijil SPM selepas lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Justeru keputusan SPM 2019 telah merekodkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.87 berbanding 4.89 pada 2018,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2019 di Kementerian Pendidikan di sini pada 5 Mac.

Habibah, jurang pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar bertambah sebanyak 0.01 pada tahun 2019 berbanding tahun 2018.

Ini kerana, katanya, peningkatan pencapaian calon di luar bandar sebanyak 0.04 iaitu GPN 5.14 berbanding 5.18 pada 2019 manakala pencapaian calon di bandar adalah 4.70 beza 0.05 pada tahun sebelumnya.

Jelasnya, secara keseluruhan, 56 peratus calon menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.

Sementara itu, 389,498 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2019 di seluruh Malaysia.

Semakan keputusan SPM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMAngkaGiliran dan SMS ke 15888.

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi ini dan akan ditamatkan pukul 6 petang 11 Mac ini.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *