Home » Langit Terbuka » 30 Julai cuti umum Hari Pertabalan YDPA

30 Julai cuti umum Hari Pertabalan YDPA

Ketua Setiausaha Negara, Dr.Ismail Bakar berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tamabahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. - Foto The Johorean

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI pada 30 Julai 2019 sebagai cuti umum seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Dr.Ismail Bakar berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tamabahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala, katanya, bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang di negeri masing-masing.- MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *