Home » Langit Terbuka » Bakal peguam syarie wajib jalani latihan dalam kamar 6 bulan

Bakal peguam syarie wajib jalani latihan dalam kamar 6 bulan

Latihan dalam kamar selama enam bulan, bertujuan membiasakan diri bakal peguam syarie dengan perundangan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam pengendalian satu-satu kes. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Bakal peguam syarie akan diwajibkan untuk menjalani latihan dalam kamar selama enam bulan, sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ia bertujuan untuk membiasakan diri mereka dengan perundangan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam pengendalian satu-satu kes.

“Latihan dalam kamar ini akan membantu bakal peguam dan akan dibantu oleh peguam syarie kanan yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas dalam perundangan syariah,” katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua, di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang itu bertujuan untuk mencadangkan amalan, etika, kelakuan dan tatatertib profesional peguam syarie selain menubuhkan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, Akta Pertadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993) yang terpakai hari ini, adalah terhad dan tidak meliputi semua aspek yang berkenaan dengan pentadbiran dan pengawal selian profesion peguam syarie.

“Sebagai contoh kaedah-kaedah peguam syarie tiada peruntukan mengenai keperluan mengadakan latihan dalam kamar ataupun chambering,” katanya.

Ketika sesi perbahasan, Nor Azrina Surip (PH-Merbok), berkata rang undang-undang akan meningkatkan standard profesional serta kualiti peguam syarie kerana ditadbir urus dan dikawal selia dengan lebih profesional.

“Saya yakin satu lagi sejarah akan dilakar dengan lulusnya rang undang-undang ini yang mana mengubah landskap sistem kehakiman Islam,” katanya.- Bernama

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *