Home » Citra Yadim » 25 pesakit Hospital Dungun disantuni

25 pesakit Hospital Dungun disantuni

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan sesi Kembara Rahmah Dungun hari ini (11 Julai) dengan menziarahi hospital daerah ini.

Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam lawatannya, mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada 25 pesakit dari kalangan kanak kanak yang kurang bernasib baik serta ibu ibu yang baharu melahirkan bayi.

Mengiringi beliau ialah Ketua Pegawai Operasi YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta pengurusan hospital.

Sumbangan YADIM kepada para pesakit diharap dapat sedikit sebanyak menceriakan mereka.

Program ini, menepati konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diusahakan kerajaan.

Lawatan ke hospital ini adalah sebahagian daripada sesi program kembara rahmah ke daerah ini.

Selain Hospital Dungun, turut dikunjungi ialah UiTM Dungun serta Kolej Vokasional Dungun.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *