Home » Citra Yadim » Kelas Al Quran percuma untuk anak anak PPR Kota Bharu

Kelas Al Quran percuma untuk anak anak PPR Kota Bharu

KOTA BHARU – Seramai hampir 80 pelajar sekolah rendah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu di sini, kini mengikuti kelas pengajian Al Quran percuma yang ditaja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.

Inisiatif ini adalah hasil kerjasama YADIM Kelantan dengan persatuan penduduk PPR berkenaan, sejak September lalu.

Menerusi kerjasama itu, YADIM Kelantan membiayai kos pembelajaran para pelajar berkenaan manakala persatuan penduduk menyediakan seramai lima tenaga pengajar, yang juga dibiayai YADIM.

Usaha ini mendapat sambutan sangat baik daripada penghuni PPR berkenaan, malah penduduk kawasan sekitar turut menghantar anak anak mereka ke kelas ini.

Kelas pengajian ini bermula selepas Maghrib, sebelum para pelajar berhenti seketika untuk menunaikan solat Isyak berjemaah dan disambung selepas itu hingga kira kira jam 10 malam. Kelas ini diadakan tiga kali seminggu.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *