Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Jitra

YADIM Peduli di Jitra

JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus bekerjasama dengan rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan Covid-19.

Program mereka yang terkini dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia (BBM) Kedah pada 21 November diadakan di sekitar pekan ini.

Menerusi inisiatif dalam program Bulan Dakwah 2020 ini, sebanyak 30 asnaf, kebanyakannya muallaf menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dan BBM Kedah yang diadakan di Masjid Lama Aqla Pekan Jitra, Kedah.

Hadir ke program ini ialah Ahli Majlis Pembandaran Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Haji Osman, Yang Dipertua BBM Kedah, Haji Tahir Saad, Pengerusi BBM Kota Setar, Sharifah Shalizza Aljudfri dan Pengerusi BBM Jitra, Ibrahim Abdullah. YADIM diwakili oleh Azmi Muhamad.

Selesai program di Masjid Lama Aqla Pekan Jitra, urusetia program kemudiannya menziarahi seramai 15 asnaf yang uzur di Kampung Malau, Padang Panjang serta Mukim Gelong dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *