Home » Citra Yadim » Cuci Cuci Surau Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi

Cuci Cuci Surau Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Selain penyampaian bantuan banjir, usaha menyantuni mangsa banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) juga merangkumi kerja pembersihan fasiliti yang terjejas dengan bencana berkenaan.

Antara yang menerima bantuan usaha ini ialah Surau Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi di sini pada 7 Januari.

Seramai 15 Sukarelawan YADIM dari Kota Tinggi dan Pasir Gudang terlibat dengan inisiatif ini termasuk tiga orang ahli Rakan Siswa YADIM selain rakan rakan badan bukan kerajaan HALUAN Johor.

Surau ini ditenggelami air ketika banjir pada 3 hingga 4 Januari lalu hingga ke paras pinggang mengakibatkan kerosakan yang teruk.

Sementara itu pada masa yang sama, YADIM Johor juga menyampaikan sumbangan air mineral kepada mangsa mangsa banjir sekitar kawasan ini.

Mereka kini kebanyakannya mula pulang ke rumah untuk membersihkan kediaman masing masing selepas air banjir mula surut.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *