Home » Citra Yadim » Program Iftar & Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf  Dan Gelandangan

Program Iftar & Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf  Dan Gelandangan

JOHOR BAHRU – Telah berlangsung program Iftar Dan Penyampaian Sumbangan kepada Asnaf & Gelandangan di Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara Zon Selatan pada 25 April.

Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Zon Selatan, Pertubuhan Johor Bahru Prihatin dan Perkim Johor Bahru.

Majlis dimulakan dengan ucapan Aluan oleh Pengarah YADIM Johor Muhamad Ammar Abdullah, Pengarah YKN Zon Selatan Zahawairani dan Pengerusi Johor Bahru Prihatin Dr Mazri Yahya.

Majlis diteruskan dengan tazkirah berkenaan Ramadan, sebelum diadakan penyampaian sumbangan kepada asnaf oleh YADIM Johor dan Pertubuhan Johor Bahru Prihatin.

Seramai 30 orang menerima pek bantuan makanan asas dan jamuan untuk berbuka puasa. Setiausaha Kerja PERKIM Johor, Haji Saiful Choo Abdullah turut hadir ke program ini.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *