Home » Citra Yadim » IRSYAD 360° YADIM Melaka: Memasak dan edaran bubur lambuk

IRSYAD 360° YADIM Melaka: Memasak dan edaran bubur lambuk

ALOR GAJAH – Rakan Belia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RBY) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah tidak ketinggalan mengimarahkan sambutan Ramadan tahun ini.

Pada 27 April, 30 ahli RBY di institut ini telah bergotong royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk ke sekitar kawasan ini.

Edaran bubur lambuk ini sebanyak 750 pek bermula selepas Zohor. Antara yang menerima agihan ini ialah kakitangan IKTBN sendiri sebanyak 60 pek, pelajar IKTBN (60), Pusat Vaksin Negara Masjid Tanah (60), pusat Tahfiz Al Qamar (170), pusat Tahfiz Barokotul Qodari, Solok Duku (100) dan Klinik Kesihatan Masjid Tanah (50).

Turut menerima edaran bubur lambuk ini ialah Balai Polis Masjid Tanah (20), Sekolah Menengah  Imtiyaz Ulul Albab Melaka (100), asnaf sekitar Masjid Tanah (120) serta petugas barisan hadapan sekatan jalanraya (20).

Turut terlibat dalam program ini ialah Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Alor Gajah Firdaus Mazlan.

Dana untuk program ini ialah sumbangan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia serta Khidmat Amal Bilal Muda melalui YADIM Melaka.

Program ini adalah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *