Home » Citra Yadim » 300 Wira Oren terima sumbangan YADIM

300 Wira Oren terima sumbangan YADIM

SEBERANG PERAI – Seramai 300 pekerja pembersihan di negeri ini menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai.

Mereka yang dikenali sebagai Wira Oren Majlis Bandaraya Seberang Perai, adalah golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada wakil penerima iaitu Ahmad Zambri Mohamad Sarajudin.

Penyampaian berlangsung di Depoh Operasi Pembersihan Tasek Gelugor. Turut hadir ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *