Home » Langit Terbuka » Pope ‘jijik’ dengan tindakan bakar al-Quran di Sweden

Pope ‘jijik’ dengan tindakan bakar al-Quran di Sweden

Tindakan membakar kitab suci umat Islam, al-Quran, di Stockholm minggu lepas mencetuskan kemarahan dan kebencian Pope Francis dan dalam masa yang sama beliau mengutuk dan menolak perbuatan itu sebagai satu bentuk kebebasan bersuara. - Foto REUTERS
ROME: Tindakan membakar kitab suci umat Islam, al-Quran, di Stockholm minggu lepas mencetuskan kemarahan dan kebencian Pope Francis dan dalam masa yang sama beliau mengutuk dan menolak perbuatan itu sebagai satu bentuk kebebasan bersuara.
“Mana-mana buku yang dianggap suci harus dihormati demi menghormati mereka yang mempercayainya,” agensi berita Itali ANSA memetik kenyataannya dalam wawancara dengan akhbar Emiriah Arab Bersatu Al Ittihad yang diterbitkan Isnin.
“Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai cara untuk menghina orang lain dan tindakan membenarkan perbuatan seumpama itu ditolak dan dikutuk,” katanya.
Pada 28 Jun, seorang warga Sweden yang berasal dari Iraq dilaporkan mengoyakkan senaskah al-Quran sebelum membakarnya di hadapan masjid Stockholm semasa demonstrasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.
Insiden itu berlaku ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Aidiladha. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *