Home » YADIM MADANI » Kembara Komuniti MADANI: SAY dan RSY Turut Serta Santuni Masyarakat

Kembara Komuniti MADANI: SAY dan RSY Turut Serta Santuni Masyarakat

SIK – Merancakkan lagi Program Dakwah Negara 2026, YADIM Kedah dan Perlis telah mengadakan program YADIM Ihsan:Kembara Komuniti MADANI pada 17 Oktober.

Dibantu dengan penglibatan 25 orang Sukarelawan YADIM (SAY) dan Rakan Siswa YADIM (Rakan Siswa YADIM), program berlangsung secara santai namun cukup meriah.

Acara yang berpusat di Masjid Al Islah, Bandar Baru Beris Jaya, Sik ini bermula jam 8 pagi apabila penduduk kampung bergotong-royong menyediakan juadah makanan sepanjang program berlangsung diikuti aktiviti Cuci-Cuci Masjid dan ceramah Bicara Ilmu yang disampaikan oleh Zamalah YADIM, Ustaz Mohamad Sofi Mohamad Akhir.

Pengisian kemudiannya diteruskan dengan sesi Sumbangan MADANI dan Ziarah Pesakit kepada enam keluarga di Kampung Charok Tualang, Kampung Seketul, Kampung Sungai Batang, Kampung Ternas, Kampung Tuala dan Kampung Paya. Di sini, para peserta turun padang beramah mesra dengan penduduk sekitar, menziarahi pesakit uzur serta menyampaikan sumbangan kepada mereka yang diuji dengan masalah kesihatan. Setiap keluarga menerima sumbangan keperluan harian dan lampin dewasa.

Penutup program adalah cabutan bertuah yang ditaja oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Kedah dan Perlis.

Turut bersama dalam program ini ialah Pengerusi Masjid Al Islah, Haji Yazid Salleh, Pengurus Sumber Dana YAPEIM Kedah dan Perlis, Encik Mohd Nazir Ibrahim, Pengerusi SAY Baling, Encik Abu Hasan Musa, Pengerusi SAY Sungai Petani, Encik Zamri Yaacob, Pengerusi RSY Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, saudara Muhammad Aiman Mohd Arzamalimi, Pengerusi RSY Universiti Teknologi MARA Kampus Merbok, saudara Muhammad Ikhwanul Hafiz Ahmad Juzaili dan Pengerusi RSY Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, saudara Muhammad Fawwaz Zulhisham.

 

Artikel Berkaitan

Tunku Azizah terima ijazah sarjana dari UIAM

  KUALA LUMPUR: Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42 mencipta sejarah selepas Ketua Perlembagaannya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *