Home » YADIM MADANI » SEBATI MADANI Masjid Nurul Jannah, Klang

SEBATI MADANI Masjid Nurul Jannah, Klang

KLANG – Menyantuni komuniti masjid dan masyarakat bukan sekadar menerusi sumbangan kebajikan, malah turut melibatkan usaha menghidupkan rumah ibadah berkenaan, mengeratkan ukhuwah dan menggerakkan kesukarelawanan dalam komuniti.

Pendekatan itu diterjemahkan menerusi inisiatif k YADIM Sejahtera: Program Sehari Bersama Komuniti MADANI (SEBATI MADANI) di Masjid Nurul Jannah, Meru, Klang, yang menghimpunkan masyarakat setempat menerusi pelbagai pengisian dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan.

Perasmian program oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom pada 17 Oktober menyaksikan penyampaian sumbangan kepada 100 penduduk terpilih sebagai tanda keprihatinan terhadap keperluan masyarakat. Gimik penyerahan disempurnakan kepada tiga orang penerima.

Beliau dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang dihulurkan masjid dalam melestari gerakan dakwah di Meru dan mengambil peluang mengajak hadirin menyertai Program Dakwah Negara 2026 yang kini giat dilaksanakan YADIM.

Turut menjadi pengisian penting ialah pelancaran Sukarelawan YADIM (SAY) Meru, yang menjadi platform menggerakkan masyarakat untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan. Gimik penyerahan watikah turut diadakan kepada Ketua Pasukan SAY Meru, Haji Abdul Razak Abdul Rashid.

Sepanjang program, masyarakat turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk gotong-royong komuniti, ziarah kasih, konvoi rahmah, forum MADANI serta aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan yang berlangsung selama dua hari pada 17 dan 18 Oktober.

Dalam perkembangan berkaitan, Nazir Masjid Nurul Jannah, Haji Razali Husin menyampaikan penghargaan terhadap kerjasama YADIM, selain menyatakan hasrat agar masjid berkenaan dijadikan masjid angkat YADIM bagi membuka ruang kepada pelaksanaan lebih banyak program dakwah dan kebajikan secara berterusan.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Yang Berhormat Mariam Abdul Rashid, Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof serta Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Sosial YADIM, Encik Zam Zarizal Mad Arifin.

Penganjuran SEBATI MADANI mencerminkan pendekatan dakwah yang dekat dengan kehidupan masyarakat, dengan menggabungkan pengisian kerohanian, kebajikan dan penglibatan komuniti, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan semangat MADANI Membantu.

 

Artikel Berkaitan

Tunku Azizah terima ijazah sarjana dari UIAM

  KUALA LUMPUR: Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42 mencipta sejarah selepas Ketua Perlembagaannya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *