Home » Citra Yadim » Adab Youth Garage, MBM YADIM

Adab Youth Garage, MBM YADIM

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Zolkharnain Abidin (dua dari kiri) mendengar taklimat semasa sesi lawatan beliau ke Majlis Belia Malaysia. - Foto MBM

CHERAS – Adab Youth Garage (AYG), merupakan sebuah program berbentuk santai yang diadakan bagi generasi muda, untuk mengajak mereka supaya terlibat dengan aktiviti sosial yang bermanfaat.

Ia merupakan pusat sehenti sebagai tempat pertemuan bermanfaat yang bertemakan inovasi sosial.

Antara pengisiannya termasuklah sesi kemas diri (gunting rambut, penjagaan kesihatan), karnival membaca, kelas mengaji, seminar usahawan, slot pemeriksaan kesihatan percuma dan sebagainya, yang diadakan di sekitar Lembah Klang.

Yayasan Dakwah Islamiah telah dipelawa untuk menawarkan pengisian kerohanian kepada para peserta AYG menerusi platform Felow Muda Dakwah (FMD), serta Daie YADIM.

Ia hasil kunjungan YADIM ke ibu pejabat MBM pada 29 Januari lalu di sini.

Dalam kunjungan itu, YADIM diwakili oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Y.Brs Ustaz Zolkharnain Abidin, Pengurus Besar Operasi, Y.Brs Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin dan Ustaz Abdul Qaiyyum Aris.

YBM pula dalam sesi taklimat diwakili oleh Presidennya Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM, Hasnul Haniff Harun dan Muhammad Suhaimi, Fello Penyelidik Pejabat Presiden MBM.

Menerusi pelawaan tersebut, FMD dan Daie YADIM akan diperkenalkan kepada MBM untuk membantu dari sudut pengisian kerohanian.

Turut dicadangkan untuk kerjasama ialah berhubung penerbitan terjemahan kitab Syeikh Ali Jumu’ah. Perkara ini akan dibincangkan lagi dengan lebih mendalam antara kedua pihak,di mana YADIM menawarkan membiayai kos penterjemahan dan cetakan.

Sementara itu, Jufitri semasa sesi taklimat berkata, organisasi dakwah dan Islam di negara ini perlu bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik bagi menjayakan agenda pembangunan insan secara bersepadu sekaligus dapat mengatasi pelbagai cabaran dan ancaman sosial masa kini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *