Home » Langit Terbuka » Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama

Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pagi tadi berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu Mohd Na’im menyembah maklum urusan berkaitan hal ehwal Islam.

“Merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap patik di Istana Negara, pagi ini.

“Menjunjung kasih atas segala keprihatinan KDYMM Tuanku kepada urusan hal ehwal Islam khususnya agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” kata Mohd Na’im dalam hantaran di Facebook. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *