Home » Langit Terbuka » Tolak cadangan wanita Islam sertai ratu cantik di Sabah

Tolak cadangan wanita Islam sertai ratu cantik di Sabah

Pengarah YADIM Sabah berkata, Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Sabah serta fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dengan jelas menyebut larangan wanita Islam di negeri ini menyertai pertandingan ratu cantik itu, dan ia perlu terus dihormati oleh semua pihak - Foto Malaysia Asia

KOTA KINABALU -Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah menolak cadangan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan peringkat negeri supaya wanita Islam di negeri ini dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik pesta berkenaan.

Pengarah Yadim Sabah Samin Ongki berkata Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Sabah serta fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dengan jelas menyebut larangan wanita Islam di negeri ini menyertai pertandingan ratu cantik itu, dan ia perlu terus dihormati oleh semua pihak.

Justeru, Samin memohon jawatankuasa penganjur Unduk Ngadau menghormati sensitiviti umat Islam dengan tidak meneruskan cadangan tersebut.

“Kita menghormati ia hanya sebagai satu cadangan tetapi tidak dapat mempertimbangkannya, dan saya memohon kepada setiap pegawai daerah di Sabah selaku pengerusi jawatankuasa Pesta Kaamatan di peringkat daerah tidak membenarkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan Unduk Ngadau.

“Ini bagi membantu menguatkuasakan undang-undang dan keputusan terdahulu,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas perkara itu.

Baru baru ini, laporan akhbar tempatan melaporkan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan peringkat negeri akan meneruskan usahanya mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama Islam di Sabah bagi membenarkan peserta Islam menyertai acara tahunan itu.

Pengerusinya, Joanna Kitingan dipetik sebagai berkata adalah penting untuk mengamalkan inklusiviti dalam pertandingan itu kerana acara berkenaan adalah sebahagian daripada cara mempromosi budaya Kadazandusun.- Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *