Yadim angkat agenda perangi rasuah, seru semua pihak bersama

SHAH ALAM – Bagi menjayakan misi Malaysia Tanpa Rasuah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mengangkat agenda memerangi perbuatan jijik itu sebagai salah satu teras perjuangan yayasan tersebut. Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, untuk itu pihaknya meningkatkan kerjasama ke arah itu, termasuklah bersenergi dengan Rasuah Busters. Katanya, misi itu tidak akan menjadi realiti […]

Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen Kanak-Kanak YADIM

KUALA LUMPUR – YADIM pada 3 Jun melancarkan empat judul buku baharu terbitannya yang dilihat mampu menarik minat pembaca, khususnya kalangan generasi muda di negara ini. Ia disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Na’im Haji Mokhtar di sini, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala […]

Yayasan, badan amal digalak beri penyata kepada penderma

Sumber foto Berita Harian

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua yayasan dan badan amal menyediakan laporan serta penyata kepada penderma bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan sumbangan. Perdana Menteri berkata, kaedah terbabit akan memberi keyakinan kepada penyumbang bahawa derma disalurkan diagih dengan telus. “Tradisi baharu ini akan dimulakan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) iaitu siapa yang menderma, akan mendapat […]

Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci

MOHD Na'im, gambar fail. FOTO Bernama

Sepang: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa berdisiplin dan mengekalkan nama baik negara ketika berada di Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. “Orang Melayu Islam terutamanya memang terkenal dengan disiplin, atas dasar tersebut saya nasihatkan tuan puan untuk kekalkan […]

Penyerahan naskhah Sirah Nabawiyah ke tiga maahad

PENYERAHAN Wakaf buku Sirah Nabawiyyah SAW terbitan YADIM diteruskan lagi pada 1 Jun. Kali ini YADIM menyerahkan buku wakaf berkenaan kepada Maahad Tahfiz Imam As-Syafie Bangi, Maahad Tahfiz Pondok Durani, Darul Ulum Al-Ittihadiyyah dan Maahad Tahfiz Orkeed Huffaz. Masing-masing menerima sumbangan wakaf buku sebanyak 3 unit. YADIM mengajak orang ramai turut menjayakan Projek Wakaf Buku […]

YADIM terima 12 ALPA baharu

PUTRAJAYA – Seramai 12 individu profesional berkelayakan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) baharu YADIM  bagi memacu dan memperkasa inisiatif melestari gerakan dakwah badan ini. Lantikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini adalah berkuatkuasa pada 3 Mei 2023 untuk selama dua tahun. Dua belas orang lantikan ALPA berkenaan ialah […]

Hero zakat Selangor bantu 19,103 keluarga asnaf sepanjang 2022

SALAH satu keluarga asnaf bersama rumah baru yang dibina oleh LZS hasil bayaran zakat umat Islam. FOTO ihsan LZS

Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan, 19,103 keluarga asnaf di negeri ini menerima bantuan sewa rumah, baik pulih rumah juga pembinaan rumah baru sepanjang 2022. Menurut LZS, bagi tujuan itu, pihaknya sudah mengagihkan RM116.5 juta sepanjang 2022 berbanding RM98.6 juta bagi 2021. “Peningkatan ini membantu ribuan keluarga di luar sana untuk berteduh dan mereka […]

KEMAS Sasar Lahirkan 100,000 Hufaz Cilik Menjelang 2026

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Seramai 100,000 kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) disasarkan untuk dilahirkan sebagai ‘Huffaz Cilik’ menjelang 2026, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata sasaran berkenaan dibuat selaras pelaksanaan  program Tabika Pra Tahfiz Kemas bermula Julai ini dengan kerjasama Yayasan Pahang […]

Cuaca Panas, Kering: Masjid Bawah JAKIM Anjuran Solat Hajat

Sumber foto Alhijrah Online

KUALA LUMPUR: Semua masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menganjurkan solat hajat untuk memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat, pada esok bersamaan 1 Jun 2023. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan […]

Gandingan YADIM, Rasuah Busters cegah rasuah di semua peringkat

PUTRAJAYA – Gejala rasuah jika tidak dicegah boleh membarah dan merosakkan sistem dan keharmonian negara. Melihat ini sebagai satu ruang dan peluang yang perlu dibasmi menerusi jalan dakwah, YADIM meninjau beberapa peluang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan Rasuah Busters bagi mencapai tujuan berkenaan. Beberapa program yang boleh dijalankan bersama dengan segera, dikenalpasti untuk dilakukan dalam […]