800 pek bubur Asura untuk penduduk Hulu Langat

HULU LANGAT – Sebanyak 800 pek bubur asyura telah diagihkan kepada penduduk daerah ini pada 30 Ogos oleh Institut Latihan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (INDAH). Bubur asyura berkenaan telah disediakan secara gotong-royong dalam program Agihan Bubur Asyura INDAH, sebagai sebahagian pengisian program Bulan Kemenangan sempena hari kemerdekaan. Menurut Pengarah INDAH, Mohd Fitri Aziz Mohd […]
28 set bahan bacaan untuk SASMEC, PIMPIN UMP

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 30 Ogos telah menyampaikan 20 set buku, majalah dan pamplet kepada Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC) untuk diletakkan di sudut bacaan setiap wad dan pejabat SASMEC. Sebanyak 6 set pula disumbangkan untuk sudut bacaan enam Kulliyyah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Kampus Kuantan serta […]
Semarak Jalur Gemilang YADIM Kedah di Pendang

PENDANG – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 64, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Pendang, Pejabat Perpaduan Daerah Pendang dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Melor, Mawar,Seroja telah mengadakan Program Semarak Jalur Gemilang Peringkat Pendang pada 30 Ogos . Program yang menyaksikan sebanyak 200 Jalur Gemilang diedarkan, bermula di Taman Melor, Mawar […]
Arab Saudi kekal kuota jemaah umrah luar negara

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan kesediaan untuk menerima jemaah umrah mengikut kuota yang telah dipersetujui dengan negara-negara Islam seluruh dunia sebelum pandemik Covid-19 bermula, lapor akhbar Saudi Gazette semalam. Timbalan Menteri Perkhidmatan Haji dan Umrah, Dr. Amr Al-Maddah berkata, semua persiapan untuk menerima jemaah juga telah lengkap selain tiada masalah dihadapi […]
Pusat tahfiz ternak ikan dalam tangki PVC sebagai ikhtiar tambah dana

SEREMBAN – Menyedari keperluan untuk tidak terlalu bergantung kepada yuran bulanan pelajar, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah yang terletak di Rantau, dekat sini mengambil inisiatif menjalankan penternakan ikan air tawar bagi mengurangkan kos operasinya. Pengerusinya, Dr. Suhaili Sahari berkata, projek ternakan ikan menggunakan tangki air polivinil klorida (PVC) dimulakan pihaknya sejak dua tahun lalu yang […]
Semarak Maal Hijrah dan Bulan Kemerdekaan di SJR seluruh Kelantan Siri 2

GUA MUSANG – Selepas Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai, kempen mengibarkan Jalur Gemilang oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan diteruskan pula pada 30 Ogos di jajahan ini, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat. Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Urusetia Belia dan Sukan Kelantan dan […]
180 Jalur Gemilang Diedarkan Di Pasar Awam Tikam Batu.

TIKAM BATU – SEKITAR acara mengedarkan sebanyak 180 bendera Jalur Gemilang kepada kepada peniaga gerai dan orang ramai di Pasar Awam Tikam Batu di sini. Program pada 29 Ogos ini bertujuan memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ketika ini. Pengerusi Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani, Basor Harun dan Pengerusi Belia 4B Sungai Petani, […]
YADIM Peduli: Musaadah Jempol dan Bahau

JEMPOL – Seramai 105 warga Felda Lui Timur, Muda, Selatan dan Kampung Jambu 8 Bahau, menerima terima sumbangan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi sempena dengan kempen Semarakkan Bulan Kemerdekaan Negara pada 28 Ogos. NGO berkenaan ialah Perpatih Truckers Community dan Sukarelawan Al Basith yang disertai oleh Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Ibu Pejabat […]
YADIM Kedah terus santuni mangsa banjir Yan

YAN – Bantuan berterusan disumbangkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah kepada mangsa fenomena kepala air di sini baru baru ini. Pada 28 Ogos, dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan seperti Persatuan Alumni Pendakwah Media (PENDAMAI) KM CARE, Iman Care, Persatuan Institusi Tahfiz al Quran Negeri Selangor (PITAS) dan Ausss Riders 410, mereka […]
Kehilangan buat Keluarga Malaysia – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Pemergian bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, yang meninggal dunia pagi tadi, disifatkan sebagai kehilangan kepada Keluarga Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Allahyarham sebagai seorang tokoh pentadbir yang amat dihormati, sinonim dengan pelbagai usaha mempertingkatkan imej dan kecekapan tadbir urus perkhidmatan awam. Katanya, Allahyarham […]