Sumbangan untuk keluarga Allahyarham bekas siak Surau Salaiyyah, Pasar Sentul

SENTUL – Kehilangan suami tersayang akibat Covid-19 sememangnya berat untuk diterima, namun demi anak anak, kehidupan perlu diteruskan. Itulah yang dihadapi Bibi Arifa Aziz di Taman Sentul Utama di sini.   Suaminya, Abd Rahman Abd Kadir meninggal dunia di Hospital Selayang pada 13 Ogos akibat dijangkiti Covid-19.   Beliau meninggalkan Bibi Arifa dan lima orang […]

Sumbangan TeleBantuan sekitar Jitra

JITRA – Terjejas teruk punca pendapatannya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan ini memaksa seorang ibu tunggal, Nurul Nabila Razak memohon TeleBantuan YADIM baru baru ini. Ibu kepada seorang anak ini hanya bekerja di kedai makan sebagai sumber pendapatannya. Bagaimanapun dengan tiada pelanggan akibat PKP, pendapatannya terjejas teruk. Nurul Nabila tinggal bersama bapa dan […]

‘Bantuan melalui inisiatif #Musaadah diteruskan’ – Zulkifli

KUALA LUMPUR – Segala bantuan melalui inisiatif #Musaadah akan diteruskan meskipun Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjadi antara pelopor inisiatif berkenaan. Menerusi catatan dimuatnaik di akaun Facebook beliau petang tadi, Zulkifli memberi jaminan, inisiatif itu akan diteruskan demi manfaat dan kebajikan rakyat. “Terima […]

Maahad Tahfiz Muhammad, penduduk Kampung Badang disantuni YADIM Kedah

KULIM – Maahad Tahfiz Muhammad di sini pada 16 Ogos menerima sumbangan kit barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Ia bertujuan meringankan beban ditanggung maahad tersebut yang terkesan secara langsung dengan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Sebanyak enam kit makanan disampaikan penyelaras program YADIM, Ustaz Azmi Mohamad kepada Mudir […]

Musadah Covid 19 3.0 YADIM Perlis di Kampung Semadong

BESERI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyantuni golongan yang memerlukan di negeri tersebut. Program terbaharu mereka diadakan di Kampung Semading di sini pada 16 Ogos apabila 30 keluarga asnaf kampung tersebut menerima sumbangan barangan keperluan harian. Tidak ketinggalan menerima sumbangan ialah 10 pemandu teksi dan […]

500 Jalur Gemilang sempena Semarak Dakwah Merdeka Daerah Marang

MARANG- Sempena sambutan bulan kemerdekaan ketika ini,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu bersama rakan strategiknya  menerusi Program Semarak Dakwah Merdeka, telah mengedarkan lebih 500 bendera jalur gemilang kepada orang awam pada 14 Ogos Program santai ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia Sukan Negeri Terengganu (JBS), Urusetia Belia Sukan Dan Badan Buka  Kerajaan Negeri Terengganu […]

Bengkel Pembimbing RBY

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha menyediakan generasi pelapis negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi Bahagian Kepimpinan Mudanya menyediakan pelbagai program pembangunan belia. Antara yang terbaharu diadakan ialah Bengkel Pembimbing Rakan Belia YADIM (RBY) yang pesertanya dipilih dikalangan ahli Rakan Siswa YADIM (RSY). Antara RSY  yang terlibat ialah mahasiswa dari Darul Quran Jabatan Kemajuan […]

100 asnaf, OKU dan frontliners disantuni dalam Musa’adah Kuala Pilah.

KUALA PILAH – Daerah ini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 14 Ogos. Dianjurkan bersama dengan rakan strategik seperti Sukarelawan Al Baasith, Kelab Icon Wanita, Perpatih Trucks Community serta Jabatan Penerangan Negeri Sembilan,  program ini menyantuni 100 asnaf yang terkesan dengan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah […]

YADIM, 130 NGO Islam MAIM desak pemimpin henti bertelagah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan 130 rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bersama dalam Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menyeru semua pihak terutama pemimpin untuk berhenti bertelagah dan berebut kuasa ketika ini kerana ia hanya akan memecahbelahkan negara. Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, Yadim menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan […]

8 keluarga di Felda Chini, Paloh Hinai dan Felda Lepar Hilir terima sumbangan YADIM Pahang

CHINI – Terjejas pendapatan kerana tidak dapat kerja lebih masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, sedang gaji asas tidak mencukupi. Ada pula suami yang bekerja sendiri dan kekurangan dana untuk mengubati anak yang mengidap sakit buah pinggang…. Banyak lagi aduan pemohon sumbangan yang tidak dapat untuk dikongsikan semuanya… Itulah antara keluhan dan luahan para pemohon sumbangan […]