Home » Langit Terbuka » Badan-badan Islam harus waspada dengan anasir kumpulan pengganas

Badan-badan Islam harus waspada dengan anasir kumpulan pengganas

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk keras tindakan kumpulan militan Daesh yang mengaku melakukan siri serangan bunuh diri ke atas beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka. - Foto Kyodo News

KUALA LUMPUR – Semua badan-badan Islam harus berwaspada terhadap sebarang anasir golongan fanatik yang memupuk ideologi keganasan serta bergerak mempergunakan nama Islam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia selaras dengan pegangan Islam yang membawa mesej kerukunan serta menentang segala bentuk keganasan.

“Saya mengutuk keras tindakan kumpulan militan Daesh yang mengaku melakukan siri serangan bunuh diri ke atas beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka. Tindakan kejam itu sangat bertentangan dengan penegasan al-Quran,” katanya dalam kenyataan hari ini (25 April).

Insiden pengeboman di Sri Lanka pada Ahad lepas, menyebabkan 359 orang maut manakala beratus-ratus lagi cedera.

Pengeboman itu menyasarkan lapan lokasi termasuk gereja dan hotel lima bintang yang mana para penganut Kristian sedang meraikan Hari Easter di ibu kota komersial Colombo, bandar Negombo dan Batticaloa.

Anwar berkata sokongan moral juga perlu diberikan kepada seluruh keluarga mangsa tragedi berkenaan seperti yang ditunjukkan warga dunia ketika insiden serangan bersenjata di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand Mac lepas. -Bernama

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *