Home » Langit Terbuka » Bantuan RM100 kepada pelajar IPT dibayar hari ini

Bantuan RM100 kepada pelajar IPT dibayar hari ini

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, bantuan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar daripada peruntukan sebanyak RM120 juta itu akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat. - foto Deenamik.com

PUTRAJAYA – Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang memanfaatkan 1.2 juta pelajar di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan dibayar secara berperingkat bermula hari ini (28 Mac 2019).

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, bantuan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar daripada peruntukan sebanyak RM120 juta itu akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat.

“Bagi pelajar yang telah mempunyai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat, bantuan akan mula dikreditkan hari ini ke akaun masing-masing manakala untuk pelajar yang belum memilikinya, permohonan baharu boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai 1 April ini.

“Tarikh tutup permohonan BPPT adalah pada 31 Mei 2019 manakala tarikh akhir pengambilan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat pada 31 Julai 2019,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pelajar yang memenuhi kriteria boleh membuat semakan status kelayakan melalui portal Bank Rakyat mulai hari ini di pautan https://www.bankrakyat.com.my/bppt.

Sekiranya semakan status ‘TIADA REKOD’ dipaparkan di portal Bank Rakyat, pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pendidikan masing-masing.

Ini adalah bagi mengemas kini data MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti/e-IPTS (IPT Swasta) / penyelaras agensi yang berkaitan selewat-lewatnya pada 28 April

Untuk maklumat lanjut, pelajar IPT boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemberian
BPPT 2019 dengan mengakses pautan portal KPM di alamat https://www.moe.gov.my/index.php/pemberitahuan/pengumuman/4994-garis-panduan-bppt2019.

BPPT diperkenalkan untuk menggantikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebagai inisiatif mengurangkan beban kewangan mahasiswa. – Kosmo

 

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *