Home » Citra Yadim » Bicara dakwah dan penyampaian sumbangan bersama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan

Bicara dakwah dan penyampaian sumbangan bersama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan

TAMPIN – Kerjasama strategik YADIM Negeri Sembilan dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini ternyata membawa manfaat kepada banyak pihak.

Terbaharu pada 22 Januari bertempat di Masjid Qariah Kampung Repah di sini, YADIM Negeri Sembilan bersama rakan NGO MyFundaction  telah mengadakan program Bicara Dakwah.

Dengan tajuk ‘Benteng Akhir Zaman’ ia telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Harman Shah Raniri.

Selesai sesi ceramah, seramai 57 wakil keluarga yang hadir kemudiannya disantuni menerusi sumbangan bakul makanan daripada MyFundaction.

Hadir mewakili YADIM dalam program ini ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hassanal Haris dan Pengerusi Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan, Khairul Nizam Khairuddin.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *