Hari Ketiga Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India

HARI Ketiga Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India menyaksikan kedua pegawai YADIM dan rombongan telah mengikuti Majlis Syarahan oleh para Masyayeikh, daripada Jami’ah Markaz Thaqafiyyah Sunniyya. Antaranya: 1. Syeikh Muhammad Al-Faidhi 2. Syeikh Muhammad Abdul Ghafur As-Thaqafi Selepas Magrib pula, Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin […]

Hari kedua Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala, India

SEKITAR Hari kedua Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala, India yang disertai dua kakitangan YADIM. Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Husnaini Mongin dan Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah serta delegasi lain telah dijemput ke Jam’iah Markaz oleh pengasasnya, iaitu Mufti Besar India, As-Syeikh Abu Bakr Ahmad Al-Baqawy Al-Malibari […]

Program Bicara Madani di ILP Kuala Terengganu

MENERUSKAN Inisiatif dakwah menerusi pendidikan, YADIM Terengganu pada 2 Februari menganjurkan program Bicara Madani dengan tajuk “Perjalanan Israk dan Mikraj; Ibrah Untuk Anak Muda”. Bertempat di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, ia dihadiri lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar, pensyarah dan kakitangan institut berkenaan. Program anjuran bersama ILP Kuala Terengganu ini […]

Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India

DUA Kakitangan YADIM telah menerima tajaan untuk mengikuti Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India yang dibimbing sendiri oleh Mufti Besar India, Syeikh Abu Bakar Ahmad yang juga Tokoh Maal Hijrah 1445H. Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Khusnaini Mongin dan Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah kini mengikuti program tersebut […]

YADIM Terengganu menyantuni mangsa banjir

HARI Yang padat untuk YADIM Terengganu. YADIM Terengganu memulakan program pasca banjir pada 31 Januari dengan majlis penyampaian sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Jongok Batu, Dungun. Mereka menyumbang selimut toto dan air mineral untuk kegunaan mangsa banjir di sekolah tersebut. Terlibat dalam majlis penyampaian ialah Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Dr. […]

Menyantuni mangsa banjir di Kampung Pasir Raja, Dungun

LENSA Hari kedua inisiatif menyantuni mangsa banjir di Kampung Pasir Raja, Dungun oleh YADIM Terengganu pada 30 Januari. Program kali ini turut disertai oleh Sukarelawan YADIM Jerangau. Antara yang dilaksanakan ialah penyampaian sabun dan span, agihan pakaian terpakai di Dewan Sivik Kampung Pasir Raja dan Kampung Syukor. YADIM Terengganu, Rakan Siswa YADIM dan Sukarelawan YADIM […]

Kerjasama YADIM bersama RTM Melaka di radio MelakaFm

JELAJAH Ramadan bersama RTM dan siri pengisian program dakwah di stesen radio MelakaFm merupakan antara bentuk kerjasama yang dirancang untuk diadakan bersama antara YADIM dan RTM Melaka. Menerusi kerjasama itu nanti, ia diharap dapat memanfaatkan kedua pihak disamping menyantuni golongan sasaran masing-masing. Hasrat tersebut ditimbulkan dalam pertemuan antara YADIM dan RTM Melaka di Jalan Taming […]

Tahsin Ibadah, Pengurusan Jenazah Wanita Masjid Sharifah Fatimah

KELAS Dan bengkel mendalami pengurusan jenazah membabitkan golongan wanita perlu diperkasakan dan lebih kerap diadakan supaya semua sentiasa cakna, selain mempunyai pelapis yang sentiasa bersedia menguruskan jenazah wanita. Menyedari pentingnya mendalami ilmu ini, YADIM Kedah dan Perlis pada 1 Mac telah menganjurkan program Tahsin Ibadah, Pengurusan Jenazah Wanita. Dengan kerjasama Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, program […]

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama dakwah khusus untuk pelajar dan guru di daerah tersebut. Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof dan disertai wakil pegawai YADIM di Bahagian Kepimpinan Muda. […]

YADIM Interaktif: Motivasi Kecemerlangan Murid

LENSA Program YADIM Interaktif: Motivasi Kecemerlangan Murid pada 30 Januari di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2. Ia telah dihadiri seramai 105 pelajar tahun 3,4,5 dan 6 yang diadakan di Dewan Sri Rantau sekolah berkenaan. Pengisian ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Faris Maimun daripada TP Academy and Consultancy. Perasmian program pula disempurnakan oleh […]