Peserta konvoi sebagai wira dan duta dakwah YADIM

KUALA LUMPUR – “Saya anggap peserta konvoi ini sebagai wira dan duta dakwah YADIM, saya berharap usaha ini dapat berjalan lancar. “Gunalah pendekatan dakwah yang bersesuaian dengan masa kini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ketika melepaskan peserta konvoi motosikal Jelajah Kampung Orang Asli […]

Is’ad Al Usrah bertepatan dengan tujuan penubuhan YADIM

BATU KURAU – Program Is’ad Al Usrah yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertepatan dengan tujuan badan dakwah ini ditubuhkan. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti berkata, melalui program ini, badan dakwah ini akan berusaha menyantuni golongan yang dikenal pasti memerlukan di seluruh negara. “Is’ad ini bermaksud menggembirakan,ia […]

Is’ad Al Usrah YADIM & Sumbangan keluarga Asnaf Batu Kurau.

BATU KURAU – Kampung Anak Kurau di sini menjadi lokasi seterusnya program Is’ad Al Usrah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 22 Ogos. Program kali ini menyantuni Khazimah Abdul Wahab, seorang warga emas yang tinggal sendirian di rumahnya di sini. Menariknya, rumah ini merupakan lokasi program Aduhai Desaku Villa Al Falah, yang juga anjuran badan […]

15 Sukarelawan YADIM Penjara Dusun Dato’ Murad sertai kempen kibar jalur gemilang di Tehel

BEMBAN – Bertempat di flat Projek Perumahan Rakyat Tehel di sini, telah berlangsung Program Gotong Royong Perdana & Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada 22 Ogos. Program yang diadakan sempena sambutan hari kemerdekaan ini turut disertai seramai 15 Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Penjara Dusun Dato’ Murad, yang merupakan Orang Yang Diparol (ODP) di instusi […]

Semarak Dakwah sempena kemerdekaan negara ke 63

Kebanyakan daripada kita sememangnya menyedari adanya pelbagai golongan yang menjalani kehidupan di jalanan di tengah-tengah ibu kota, tetapi tidak ramai yang berani mendekati dan menyelami kehidupan mereka. Golongan ini seperti kelompok LGBT, anak muda melepak, penagih dadah mahupun gelandangan sering di kesampingkan sehingga mereka menjalani kehidupan berisiko dan mudah terdedah kepada pengaruh negatif. \Justeru, Yayasan […]

YADIM Peduli: Ziarah Prihatin Musa’adah Pasca Covid-19 di Paka, Kemasik, Kijal

PAKA – Musibah yang dibawa oleh Covid-19 berlarutan hingga kini dan masih ramai yang menerima kesan wabak berkenaan. Prihatin dengan keadaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 19 Ogos telah mengadakan program YADIM Peduli: Ziarah Prihatin Musa’adah Pasca Covid-19 di Paka, Kemasik dan Kijal. Seramai 230 keluarga yang dikenalpasti terkesan dengan wabak Covid-19 […]

Kunjung hormat Bahagian KEMUDA ke IKBN Peretak

KUALA KUBU BHARU – Kerjasama pelaksanaan program Bicara Tokoh, Penubuhan Exco Rakan Belia YADIM (RBY) serta kursus imam dan belia merupakan hasil kunjung hormat Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak di sini. Kunjung hormat pada 18 Ogos tersebut merupakan antara gerak kerja KEMUDA membina jalinan […]

Taklimat Ikon Cilik YADIM di Pejabat Yadim Terengganu

KUALA TERENGGANU – Bagi melaksanakan gerak kerja awal program Ikon Cilik YADIM (ICY), Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan taklimat pelaksanaan program itu di sini. Taklimat yang diadakan di pejabat YADIM Terengganu pada 17 Ogos itu dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haron Tuan Kob dari Unit Dakwah […]

Pertandingan Mencipta Video Pendek, Fastabiqul Khairat, Mengejar Kebaikan

Pertandingan Mencipta Video Pendek Fastabiqul Khairat, Mengejar Kebaikan merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan hasil inisiatif daripada Yayasan Dakwah Islam Malaysia dan IPTA/IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Melalui pertandingan ini, YADIM ingin menyemarak sifat-sifat yang baik di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. `FASTABIQUL KHAIRAT, MENGEJAR KEBAIKAN’ dipilih sebagai tema kerana ia […]

YADIM terima 11 ALPA yang baharu

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 17 Ogos telah menerima seramai 11 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya (ALPA) yang baharu dalam satu majlis di sini. Watikah berkenaan yang berkuatkuasa hingga tahun 2022, disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Mendahului penerima ialah Yang […]