Ziarah Rahmah mangsa banjir Kota Tinggi

SEDELI – Menyedari mangsa banjir amat memerlukan pembelaan, terutamanya menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk Kampung Sayang di sini. Program khidmat bakti pada 24 Disember ini diadakan dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, HALUAN Negeri Johor. Sebanyak 30 rumah mangsa pasca banjir dikunjungi YADIM Johor, […]

YADIM Undang NGO Afghanistan ke Multaqa Ulama Sedunia

PUTRAJAYA – Afghan Societty for Social Reform and Development , sebuah badan bukan kerajaan dari Afghanistan telah melakukan satu kunjungan hormat ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di ibu pejabatnya di sini pada 23 Disember. Kunjungan itu yang diketuai oleh Presidennya, Dr Muhammad Atif, adalah sempena penyertaan mereka dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang […]

Majalah Dakwah Isu 50 : Pendekatan Rahmah Dalam Mendepani Isu & Permasalahan Sosial Masyarakat

  PUTRAJAYA – Majalah Dakwah perlukan anda. Untuk isu ke 50 Majalah Dakwah keluaran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dijangka diterbitkan pada Mac depan, orang ramai dialu alukan menyumbang artikel untuk disiarkan. Dengan sub tema ‘Pendekatan Rahmah Dalam Mendepani Isu & Permasalahan Sosial Masyarakat’ serta ‘Etika dan Integriti di Malaysia : Isu dan Cabaran’, mereka […]

SAR Besut sampaikan sumbangan pasca banjir

JERTIH – Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat seterusnya mengakibatkan banjir di Terengganu sudah bermula sejak awal Disember lalu dan berlanjutan sehingga sekarang. Antara kawasan yang telah dilanda banjir termasuklah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Berang, Besut dan Setiu. Kehidupan mangsa yang terjejas pastinya memerlukan pembelaan dan bantuan. Prihatin dengan keadaan tersebut, Pasukan Sukarelawan […]

Perluas Fastabiqul Khairat

PUTRAJAYA – Fastabiqul Khairat (mengejar kebaikan) yang kini merupakan motto dan konsep Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat pujian daripada Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al Qaradaghi. Sheikh Dr Ali Al-Qaradaghi menegaskan pemilihan motto tersebut adalah satu pilihan yang sangat tepat berdasarkan panduan yang diberikan daripada Al-Quran. Menurut beliau, Fastabiqul Khairat […]

Ziarah rahmah dan santuni pesakit Klinik Kesihatan Meru

MERU – Bertempat di Klinik Kesihatan Meru pada 17 Disember, Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program menyantuni para pesakit pusat kesihatan tersebut. Ia diadakan dengan kerjasama Ahli Panel Kesihatan Klinik Meru dan badan bukan kerajaan Penggerak Masyarakat. Program ini bertujuan memasyarakatkan YADIM dengan penduduk kawasan ini tanpa mengira […]

Kunjungan Fiqhi Council of Australia

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 Disember telah menerima kunjungan tiga orang wakil dari Fiqhi Council of Australia di ibu pejabatnya di sini. Kunjungan diketuai oleh presiden majlis itu, Sheikh Yahya Safi pada jam 3.30 petang disambut sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz serta kepimpinan […]

600 terima manfaat Jom Ke Sekolah 2020

ARAU – Seramai 600 pelajar di tiga kawasan di Perlis menerima manfaat program Khidmat Bakti Jom Ke Sekolah 2020 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis. Program anjuran bersama dengan Yayasan Taqwa, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah, Pertubuhan Wanita Swadaya Perlis dan Kelab Peduli Masyarakat Perlis itu mensasarkan pelajar sekolah rendah daripada golongan asnaf dari Beseri, […]

Jalinan kerjasama ekonomi YADIM – DPIM

PUTRAJAYA – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) bersedia membantu dan menawarkan kepakarannya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi membantu YADIM meningkatkan jumlah dana badan dakwah ini. Pengerusi DPIM Mohamad Sahar Mat Din berkata, antara yang menjadi keutamaan pihaknya ialah melaksanakan jihad ekonomi bagi membantu pihak atau agensi berkaitan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi masing masing. […]

SAR Membakut hulur bantuan mangsa banjir

BEAUFORT – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) terus giat melaksanakan gerak kerja dakwah dan kebajikannya di seluruh negara. Terbaharu, prihatin dengan nasib mangsa mangsa banjir di sini, Pasukan SAR Membakut pada 11 Disember telah menyantuni mereka di Pusat Penempatan Mangsa Banjir Kampung Slagon di sini. Bantuan berbentuk makanan dan minuman itu disampaikan oleh Penolong Pengarah […]