Kemasukan ke MANTAP – YADIM

Berita baik buat ibu bapa yang sedang mencari pusat pengajian tahfiz untuk anak-anak mereka menyambung pelajaran ke Tingkatan  1 ( Khas Untuk Pelajar Lelaki Sahaja). Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menubuhkan Maahad Antarabangsa Tahfiz dan Kepimpinan (MANTAP) yang akan beroperasi di Institut Latihan Dakwah Yadim (Yadim Training Centre) di Batu 14 1/2, Hulu Langat, […]

Gunting rambut percuma YADIM Kedah

RELAU – Bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Relau di sini, 75 orang pelajar dari keluarga asnaf terpilih telah menyertai program gunting rambut percuma sempena sesi persekolahan yang bakal kembali dibuka. Selain mendapat perkhidmatan gunting rambut secara percuma, para pelajar terpilih ini turut menerima bantuan berupa beg sekolah setiap seorang, hasil sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen […]

Sumbangan mangsa pasca banjir Mersing

ENDAU – Meskipun banjir semakin reda, namun mangsa bencana alam itu tetap memerlukan perhatian dan pembelaan pihak beranggungjawab. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 30 Disember telah menyampaikan sumbangan barangan dapur untuk meringankan beban mangsa pasca banjir bagi kawasan di sekitar Mersing. Seramai 50 keluarga asnaf dari Kampung Sungai Padang, […]

Pertandingan Memanah Tradisional Putrajaya 2019

PUTRAJAYA – Seramai 250 peserta menyertai Pertandingan Memanah Tradisional Putrajaya 2019 pada 28 Disember. Pertandingan itu yang diadakan di lapangan memanah Surau AL Munawwarah, merupakan kali kedua diadakan selepas pertama kali dianjurkan pada 2018. Para peserta terdiri daripada ahli kariah surau Jumaat sekitar Putrajaya, manakala TV Al Hijrah, Masjid Darul Ehsan Subang, Kelab Memanah AL […]

Promosi buku Menyingkap Rahmat Buat Umat

PUTRAJAYA – Kepada yang tercari cari buku mengenai konsep rahmah, berita baik buat anda kerana Kedai Buku Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini mengadakan promosi jualan untuk satu judul buku terbaharunya. Buku ‘Menyingkap Rahmat Buat Umat’ terbitan YADIM kini boleh didapati dengan potongan harga sebanyak 25 peratus. Tawaran istimewa pada harga RM23.25 sen (harga asal […]

Bicara Dakwah Rasulullah Siri 2

KOTA BHARU – Bertempat di Masjid Taman Mesra, Pengkalan Chepa di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah mengadakan siri ke dua program Bicara Dakwah Rasulullah. Siri kedua pada 26 Disember ini diadakan dengan kerjasama Masjid Taman Mesra, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Annur serta IKRAM Kelantan. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar […]

Bowling SAR Kuala Langat – YADIM

SHAH ALAM – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat terus aktif dalam melaksanakan dan mempelbagaikan program programnya. Terbaharu pada 25 Disember lalu, mereka dengan kerjasama Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program Jom Main Bowling Ar Rahmah. Program yang diadakan di Plaza Alam Sentral di sini, menarik penyertaan […]

Sumbangan Kembali Ke sekolah Mawar-Yadim dan Kelab Machang Penyayang

MACHANG – Nasib golongan kurang berkemampuan dan wanita terus mendapat perhatian Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Kelab Machang Penyayang (KMP) Prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka tidak lama lagi, MAWAR-Yadim dan KMP telah mengadakan program Seminar Transformasi Minda Wanita dan Penyampaian Sumbangan […]

Program Bicara Dakwah : Seminar Penghayatan Islam dalam Bahasa Mandarin

JOHOR BAHRU – Peranan saudara baharu adalah sangat penting dalam membantu menyebarkan Islam di negara ini. Tidak dinafikan, mereka mempunyai kelebihan tersendiri yang dapat membantu mencapai tujuan tersebut. Menyedari hakikat ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 21 hingga 22 Disember lalu telah mengadakan program Bicara Dakwah : Seminar Penghayatan Islam di sini. Program […]

Ziarah Rahmah mangsa banjir Kota Tinggi

SEDELI – Menyedari mangsa banjir amat memerlukan pembelaan, terutamanya menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk Kampung Sayang di sini. Program khidmat bakti pada 24 Disember ini diadakan dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, HALUAN Negeri Johor. Sebanyak 30 rumah mangsa pasca banjir dikunjungi YADIM Johor, […]