Home » Citra Yadim » Ziarah rahmah dan santuni pesakit Klinik Kesihatan Meru

Ziarah rahmah dan santuni pesakit Klinik Kesihatan Meru

MERU – Bertempat di Klinik Kesihatan Meru pada 17 Disember, Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program menyantuni para pesakit pusat kesihatan tersebut.

Ia diadakan dengan kerjasama Ahli Panel Kesihatan Klinik Meru dan badan bukan kerajaan Penggerak Masyarakat.

Program ini bertujuan memasyarakatkan YADIM dengan penduduk kawasan ini tanpa mengira latar belakang mereka, selaras dengan konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diketengahkan kerajaan.

Pegawai dan kakitangan YADIM telah mengedarkan sebanyak 150 pek sarapan kepada pengunjung dan pesakit klinik berkenaan, yang disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Yang Berhormat SR Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Mewakili YADIM dalam program santai ini ialah Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Abdul Qaiyum Aris, Mohd Fairus Kiple, dan Mohd Noor Faiz Rahmat.

Program yang pertama kali diadakan di Meru ini mendapat sambutan sangat baik daripada pengunjung klinik berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *