1000 pelajar taska Kelantan sertai Cilik Haji 2019

KUBANG KERIAN – Program Cilik Haji 2019 yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan kira kira 1,000 peserta. Program yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Negeri Kelantan itu diadakan di Masjid Kubang Kerian di sini pada 8 Ogos bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. […]

Projek Strategik Kreatif Multimedia Digital MMU – YADIM

PUTRAJAYA – Mesyuarat Koordinasi Pengurusan Bersama – Pelaksanaan Projek Strategik Kreatif Multimedia Digital antara MMU dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) berjalan lancar, pagi semalam (8 Ogos). Ia bertujuan memanfaatkan teknologi kreatif multimedia digital di dalam menyampaikan mesej Rahmatan Lil Alamin yang berkesan, menarik, menekankan semangat kasih sayang, toleransi, prihatin, semangat kebersamaan dan harmoni inklusif kepada […]

Perkasakan tulisan Jawi

JANDA BAIK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setiap agensi di bawah beliau perlu memperkasakan tulisan jawi. “Tulisan jawi ini merupakan warisan Melayu dan perlu dipertahankan oleh setiap daripada kita,” kata beliau dalam sesi rumusan Retreat Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 […]

YADIM Kelantan usahakan Transformasi Orang Muda

TOK BALI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus giat melaksanakan pelbagai program dakwah untuk orang ramai apabila terkini menyantuni lebih 100 pelajar sekolah menengah di sini. Dengan menyasarkan para pelajar dari pelbagai latar belakang berisiko, mereka didedahkan dengan konsep Fastabiqul Khairat (mengejar kebaikan) menerusi program Transformasi Orang Muda : Kem Perkasa Aqidah di […]

Retreat semakan untuk perkasa agensi agama

JANDA BAIK – Satu retreat (pemukiman) Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 kini berlangsung di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, di sini. Pemukiman tersebut yang bermula hari ini hingga 9 Ogos 2019, dihadiri oleh Ketua-ketua agensi, pengurusan tertinggi jabatan dan pengarah-pengarah agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri yang […]

QSR, YADIM Kongsi Rezeki untuk pelajar asnaf di Melaka

BUKIT PALAH – Sempena dengan Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka telah menyantuni 30 orang pelajar dari kalangan asnaf dalam satu majlis di Masjid Al Azim di sini pada 7 Ogos. Majlis yang dinamakan ‘Kongsi Rezeki 2019’ itu diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama […]

Seminar Menuju Negara Rahmah untuk wanita di Selangor

SHAH ALAM – Bertempat di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS), Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan sebuah seminar bertajuk ‘Menuju Negara Rahmah’. Program pada 6 Ogos ini, turut mendapat kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan PPAS. Seramai 200 peserta menghadiri seminar ini, yang terdiri daripada penyelia PWB Selangor […]

Pastikan Rahmatan Lil Alamin difahami

BANGI – Komited jayakan gagasan Rahmatan Lil Alamin. Demikian jaminan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz terhadap perjalanan dan gerak kerja badan dakwah ini. Menurut beliau, ia supaya gagasan berkenaan benar benar difahami oleh rakyat, termasuk oleh mereka yang bukan Islam, seperti yang dihasratkan oleh Perdana […]

Hari kedua Ziarah Rahmah ke Sabah

TUARAN- Hari kedua program YADIM Peduli, Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah di Sabah bermula seawal jam 8 pagi dengan Ziarah Rahmah pesakit di Klinik Kesihatan Tamparuli di sini. Kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Muhammad Hafiz Musa telah beramah mesra dan menghulurkan pek sarapan kepada […]

Program Yadim Peduli, Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah ke Sabah

KOTA KINABALU – Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini telah melaksanakan program kembara YADIM Peduli , Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah selama dua hari ke bumi Sabah. Pelbagai program telah dilaksanakan untuk menyantuni golongan sasar yang telah dikenalpasti. Hari pertama pada 1 Ogos dimulakan dengan program gotong royong […]