Kembara Rahmah Dungun bantu realisasi jadikan daerah ilmu

DUNGUN – Penganjuran Seminar Rahmatan Lil Alamin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini membantu merealisasikan hasrat menjadikan daerah ini sebagai pusat ilmu. Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun, Profesor Madya TS Dr Mazidah Puteh berkata, hasrat tersebut akan lebih mudah dicapai menerusi penganjuran lebih banyak majlis majlis seperti ini. “Seminar ini adalah penjelasan secara […]

Cuci Cuci ke Penjara Dusun Dato’ Murad

AYER KEROH – Pasukan Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (11 Julai) melaksanakan khidmat bakti mereka ke Surau As Syifa, di Penjara Dusun Dato’ Murad di sini. 10 anggota diketuai Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Muhammad Hafiz Musa memulakan program pada jam 10 pagi dengan taklimat Sukarelawan Al […]

(Video) Terima kepelbagaian

KANGAR – Kepelbagaian di negara ini perlu diterima semua untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan yang berkekalan. Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, perkara ini perlu dihayati dan diamalkan khususnya oleh golongan muda selaku barisan pelapis kepimpinan negara. “Semua ini golongan muda perlu hadam dengan baik, kalau mereka […]

Tolong Selamatkan Kamek!

LONG BUSANG – Di saat umat Islam sedang membuat persiapan terakhir menjelang 1 Syawal yang lalu, saudara kita di sini telah diuji dengan cabaran berat apabila perkampungan mereka dilanda banjir teruk. Hampir 80 peratus kawasan kampung telah ditenggelami air, menyebabkan 100 daripada 123 keluarga terjejas, selain turut merosakkan Sekolah Kebangsaan Long Busang. 23 daripada mangsa […]

Program Rahmah di Penjara Dusun Dato’ Murad

MELAKA – Skuad Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan khidmat baktinya ke Ayer Keroh pula. Kali ini menerusi program Khidmat Bakti Ar Rahmah di Penjara Dusun Dato’ Murad di Ayer Keroh di sini pada 11 Julai ini. Program dijadualkan bermula jam 10 pagi dengan taklimat Skuad Al Rahmah sebelum kerja kerja pembersihan kawasan […]

Bersama YADIM di Melaka.FM

MELAKA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin mengajak orang ramai, khususnya di Melaka untuk sama sama mengikuti slot Bersama YADIM di Melaka.FM Rancangan yang bakal ke udara setiap Khamis, jam 9.15 malam itu, boleh diikuti menerusi frekuensi 102.3 Megahertz. Menerusi slot berkenaan, panel panel yang dibawakan YADIM bakal membicarakan tentang usaha dakwah badan ini, […]

Bedah Buku bersama Mufti Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Bahagian Penerbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat YADIM pada 10 Julai telah mengadakan sesi Bedah Buku ‘Solat Itu Mudah’, bertempat di Kedai Buku YADIM di sini. Buku nukilan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri itu, dibedah oleh beliau  sendiri sambil Penolong Pengarah […]

YADIM Johor terima kunjungan Exco Agama Johor

JOHOR BAHRU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor, pada 8 Julai telah menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, Yang Berhormat Tosrin Jarvanthi. Lawatan beliau ke YADIM Johor bertujuan mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung gerak kerja dakwah badan ini selain membincangkan peluang kerjasama yang boleh dijalin […]

Peluang kerjasama erat YADIM – TV Hijrah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan TV Al Hijrah berpeluang meneroka pelbagai bidang kerjasama yang menguntungkan kedua belah pihak. Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu Namanzee Harris berkata, YADIM memiliki kandungan bahan penyiaran menepati ciri ciri yang dikehendaki oleh pihaknya selain sama sama berada dalam kluster media dan dakwah di bawah Jabatan Perdana Menteri. […]

SAR lebar sayap ke Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang

SABAK BERNAM – Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini melebarkan sayapnya ke daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang melalui satu pelancaran serentak pada 6 Julai lalu. Bertempat  di Pusat Kecemerlangan, Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam, majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam, Yang Berhormat Dato’ Mohd Fasiah Mohd […]