Sambutan hangat Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri YADIM

PUTRAJAYA – Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sempena meraikan Syawal, yang diadakan hari ini (27 Jun) di sini mendapat sambutan cukup luar biasa, dengan anggaran hampir 2,000 tetamu hadir memeriahkannya. Walaupun dijadualkan bermula jam 1 tengahari, hadirin telah mula memenuhi dewan jamuan seawal jam 12 tengahari. Majlis ini turut diserikan dengan […]

Peranan semua tarik minat pelajari Bahasa Arab

JASIN – Semua pihak berperanan untuk menarik minat generasi muda bagi mempelajari Bahasa Arab dan menguasai Al Quran. Mengulas lanjut, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, usaha menarik minat mempelajari Bahasa Arab dan giat membaca Al Quran perlu dimulakan dari awal lagi. Tambah beliau, ia […]

Sumbangan untuk komuniti Kampung Kelubi

JASIN – Sebagai sebahagian usaha dakwahnya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 26 Jun telah menyampaikan sumbangan kepada komuniti memerlukan di Kampung Kelubi di sini. Seramai lapan buah keluarga disantuni oleh YADIM menerusi sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Ustaz Muhammad Hafiz Musa. Antara yang disantuni termasuklah golongan […]

Dokumentari Allahyarham Tok Guru

PUTRAJAYA – Satu usaha sedang giat dijalankan untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai ketokohan dan pemikiran Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Ab Aziz Nik Mat. Bagi tujuan itu, satu perbincangan telah diadakan antara pelakon terkenal tanah air, Sabri Yunus dan pasukannya, dengan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab […]

Nik Omar lancar SAR Jasin

JASIN – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz pada 26 Jun telah melancarkan Skuad Al Rahmah (SAR) bagi daerah ini dalam satu majlis di Masjid Al Ghaffar di sini. Ia sebagai salah satu usaha gerak kerja dakwah YADIM, terutamanya dalam memperkasakan konsep Rahmatan Lil Alamin. Skuad […]

Jemputan ke Festival Ummatic 2.0

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), telah dijemput untuk sama sama menjayakan Festival Ummatic 2.0 yang akan diadakan di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh, Perak. Festival yang akan diadakan bermula 6 hingga 8 September ini, bakal disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, manakala perasmian penutupnya […]

MAWAR teruskan legasi prihatin MPWIM

BANGI – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan meneruskan kesinambungan kerja keras dan prihatin yang ditinggalkan oleh Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM). Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim berkata, pihaknya mewarisi sebuah organisasi yang telah terbukti bertapak dan meninggalkan kesan dalam gerakan membela dan memperkasa wanita Islam di negara […]

Forum Antarabangsa ZhengHe erat hubungan China dan komuniti Islam

PUTRAJAYA – Forum Antarabangsa ZhengHe (ZIF) boleh digunakan untuk menjadi medan mengeratkan hubungan antara China dan komuniti Islam global. Menurut pakar dari Pejabat Penyelidikan Islam, Akademi Sosial Sains China, Li Lin, forum antarabangsa berkenaan bukan sahaja amat bersesuaian untuk tujuan itu, malah ia adalah platform terbaik untuk menjelaskan pelbagai isu yang melibatkan China dan negara […]

Pelancaran SAR Melaka pada 26 Jun ini

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah  Islamiah Malaysia (YADIM) bakal melancarkan penubuhan Skuad Al Rahmah (SAR) Melaka pada 26 Jun ini (Rabu). Acara yang akan diadakan di Masjid Al Ghaffar, Jasin Melaka itu bakal disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Al Fadhil Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Dijangka seramai 20 orang anggota SAR Melaka akan […]

Jalinan dakwah Malaysia – Singapura

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dijemput untuk meneroka dan menjalin hubungan  yang lebih erat dengan badan badan dakwah di Singapura selepas ini menerusi pelbagai pendekatan. Pengarah Urusan MZ Academy, Muhd Zuhaili Sabudin berkata, terdapat peluang yang begitu besar bagi tujuan berkenaan di Singapura, memandangkan masih ramai golongan Muslim di republik itu yang kekurangan […]