Home » Citra Yadim » Sambutan hangat Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri YADIM

Sambutan hangat Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri YADIM

Yang Dipertua YADIM bersama antara tetamu yang hadir pada Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri YADIM.

PUTRAJAYA – Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sempena meraikan Syawal, yang diadakan hari ini (27 Jun) di sini mendapat sambutan cukup luar biasa, dengan anggaran hampir 2,000 tetamu hadir memeriahkannya.

Walaupun dijadualkan bermula jam 1 tengahari, hadirin telah mula memenuhi dewan jamuan seawal jam 12 tengahari.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Fuziah Salleh yang tiba sekitar jam 1.15 tengahari. Beliau meluangkan masa selama 30 minit beramah mesra dengan tetamu serta kakitangan YADIM sambil menikmati jamuan yang disediakan.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, timbalannya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin serta barisan Ahli Lembaga Pengarah YADIM juga hadir sama.

Beberapa individu terkenal dalam bidang dakwah seperti Ustaz Dr Roslan Muhammad, Firdaus Wong, Daie Aiman, Fadzli Rosli, Zaid Kamaruddin dan Shila Lama turut sama memeriahkan majlis ini.

Rakan rakan warga agensi agama Islam seperti dari Jabatan Waqaf Zakat dan Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Waqaf dan Bahagian Hub Halal Jakim juga adalah antara yang hadir sama.

Para tetamu dihiburkan dengan persembahan kumpulan Rabbani serta daripada duo popular internet, Dinie dan Khai.

Sementara itu, hidangan seperti kambing bakar, sate, nasi dagang, nasi hujan panas, mihun sup, ais krim, buah buahan dan sebagainya disediakan untuk menjamu mereka yang hadir.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *