Home » Citra Yadim » Dokumentari Allahyarham Tok Guru

Dokumentari Allahyarham Tok Guru

Nik Omar (kanan) semasa mengadakan perbincangan dengan Sabri (tiga dari kiri) mengenai dokumentari Allahyarham Tok Guru

PUTRAJAYA – Satu usaha sedang giat dijalankan untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai ketokohan dan pemikiran Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Ab Aziz Nik Mat.

Bagi tujuan itu, satu perbincangan telah diadakan antara pelakon terkenal tanah air, Sabri Yunus dan pasukannya, dengan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz.

Dalam pertemuan di sini pada 25 Jun 2019, Sabri memberitahu beliau menjalankan beberapa kajian sendiri bagi mendapatkan maklumat maklumat penting berkenaan tokoh berkenaan.

“Selain membaca buku buku, menemuramah orang orang terdekat dengan beliau, saya juga menonton beberapa filem berkaitan tokoh tokoh agama yang lain,”katanya dalam perbincangan bersama Nik Omar di pejabatnya di sini.

Hadir sama mewakili YADIM ialah Penasihat Media Sektor Penyelidikan  dan Penerbitan Dakwah, Mohd Shauki Abd Majid.

Sabri pula turut ditemani oleh Pengarah Urusan Mache All Star United Sdn Bhd, yang juga penerbit terkenal Arisz Ab Rahman.

Dalam pada itu, antara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah bentuk penghasilan karya, jalan cerita, konsep, pulangan serta isu hak cipta.

“Usaha ini bukan mudah memandangkan Allahyarham Tok Guru adalah individu terbilang, ketokohan dan pemikirannya dipandang tinggi dalam dan luar negara.

“Namun InsyaAllah ia boleh berjaya, karya ini akan dipersembahkan secara unik dan dengan cara yang tidak pernah disentuh sebelum ini,” ujar Sabri yang akan bertindak selaku pengarah dan penulis skrip dokumentari itu nanti.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *