Home » Citra Yadim » Nik Omar lancar SAR Jasin

Nik Omar lancar SAR Jasin

JASIN – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz pada 26 Jun telah melancarkan Skuad Al Rahmah (SAR) bagi daerah ini dalam satu majlis di Masjid Al Ghaffar di sini.

Ia sebagai salah satu usaha gerak kerja dakwah YADIM, terutamanya dalam memperkasakan konsep Rahmatan Lil Alamin.

Skuad tersebut yang diketuai oleh Pegawai Tadbir Agama  Daerah Jasin, Ustaz Huzailan Hamzah,  dikenali sebagai SAR- Al Ghaffar dilancarkan bersempena dengan Muzakarah Jawatankuasa Masjid, Pegawai Syarak dan Guru Takmir Peringkat Daerah Jasin 2019.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Md Azhan Samat yang merasmikan penutupan muzakarah berkenaan

Sebagai simbolik pelancaran, Nik Omar telah memakaikan jaket SAR kepada Huzailan, sambil disaksikan oleh kenamaan dan tetamu yang hadir.

Hadir sama mewakili YADIM ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Muhammad Hafiz Musa.

Dianggarkan 200 orang tetamu menghadiri muzakarah tersebut yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Masjid, Pegawai Syarak dan Guru Takmir dari Jasin, serta penduduk setempat.

Muzakarah dimulakan dengan sesi perbincangan mengenai hal ehwal pengurusan agama Islam di daerah berkenaan dengan pegawai JAIM, sebelum Nik Omar dijemput menyampaikan tazkirah mengenai masjid sebagai institusi rahmah.

Dalam tazkirah berkenaan, beliau menyebut mengenai  mengimarahkan masjid, selain kepentingan mensyukuri nikmat Allah sebagai hambanya.

Seterusnya, hadirin diberikan taklimat mengenai SAR yang menyentuh tentang objektifnya, struktur organisasi dan gerak kerja dakwahnya oleh sekretariat skuad berkenaan, Ustaz Abdul Qaiyum Aris sebelum ia dilancarkan.

Dalam pada itu, YADIM turut membuka sebuah gerai jualan buku di masjid ini yang mendapat sambutan menggalakkan daripada hadirin.

YADIM Melaka, diketuai oleh Ustaz Muzafar Abd Rahim yang menyelaraskan majlis ini dengan JAIM merancang untuk mengadakan lebih banyak program seperti ini di negeri ini, terutamanya yang melibatkan institusi pendidikan.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *