Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk komuniti Kampung Kelubi

Sumbangan untuk komuniti Kampung Kelubi

Muhammad Hafiz (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan YADIM kepada salah seorang penerima di Kampung Kelubi.

JASIN – Sebagai sebahagian usaha dakwahnya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 26 Jun telah menyampaikan sumbangan kepada komuniti memerlukan di Kampung Kelubi di sini.

Seramai lapan buah keluarga disantuni oleh YADIM menerusi sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Ustaz Muhammad Hafiz Musa.

Antara yang disantuni termasuklah golongan OKU, ibu tunggal, keluarga miskin, sakit tua dan sebagainya.

Dalam pada itu, serentak dengan penyampaian sumbangan, YADIM turut melaksanakan program ikonnya, Cuci Cuci di Masjid Al Mubarak, Kampung Kelubi di sini.

Kerja pembersihan masjid berkenaan, telah dilaksanakan sebaik selesai program  Muzakarah Jawatankuasa Masjid, Pegawai Syarak dan Guru Takmir Peringkat Daerah Jasin 2019, di Masjid Al Ghaffar di sini.

Pegawai dan kakitangan YADIM meluangkan masa lebih 2 jam membersihkan kawasan dalam dan luar masjid berkenaan.

Hadir sama ketika program ini ialah Imam 1 masjid, Mohamad Dawab dan Imam Dewan Undangan Negeri kawasan Rim, Mohd Nizam Ahmad.

Cuci Cuci merupakan program khidmat komuniti YADIM yang menyasarkan untuk membersihkan kawasan surau dan masjid terpilih. Sebelum ini ia telah dilaksanakan di Perlis, Selangor serta Negeri Sembilan dan mendapat reaksi positif masyarakat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *