Home » Citra Yadim » Ceramah Maulidur Rasul Masjid Ahmadiah

Ceramah Maulidur Rasul Masjid Ahmadiah

YAN – YADIM Kedah telah menganjurkan program ceramah sambutan Maulidur Rasul bersempena Bulan Dakwah 3.0 bertempat di Masjid Ahmadiah di sini pada 21 Oktober.

Ceramah bertajuk “Insan Agung Pembawa Rahmat” itu disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Nurul Aswar Nasrun.

Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menghayati sirah perjalanan dan kehidupan serta perjuangan Rasullah SAW selain menyemai kasih sayang kepada baginda.

Majlis yang dihadiri 250 orang jemaah ini dimulakan dengan solat fardhu Maghrib sebelum diteruskan dengan ceramah serta diselitkan selawat dari kumpulan qasidah Khalifah dan diakhiri dengan jamuan dan bergambar.

Hadir bersama ke program ini ialah Pengerusi Masjid Ahmadiah, Haji Rosli Harun dan Pengerusi Masjid Badlishah Yan Kecil, Haji Hasbullah Othman.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *