Home » Citra Yadim » Covid-19 : 150 keluarga di Terengganu terima sumbangan

Covid-19 : 150 keluarga di Terengganu terima sumbangan

KUALA NERUS – Sejumlah 150 keluarga di daerah ini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menerusi program Musa’adah Covid 19 pada 21 April.

Program pertama diadakan di Surau Kampung Balai Maras di sini, dan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Yang Berhormat Bazlan Abd Rahman dan Penghulu Kanan Johari Mohamad.

Sejumlah 100 keluarga yang dikenalpasti dari lima buah Kampung iaitu Alor Damat, Pengkalan Maras, Mengabang Telong, Balai Maras dan Taman Perumahan Wakaf Tengah menerima manfaat sumbangan berkenaan.

Ia turut mendapat kerjsama daripada Kawasan Rukun Tetangga komuniti berkenaan.

Program kemudiannya diteruskan pula bersama anggota Rela di Pusat Kuarantin di Institut Pendidikan Guru Kuala Nerus. Lima puluh keluarga Rela yang ditempatkan di pusat ini menerima sumbangan YADIM yang disampaikan kepada pegawai Rela, Mohamad Muslim.

Program Musa’adah Covid-19 YADIM akan diteruskan oleh YADIM Terengganu selepas ini melibatkan bantuan kepada asnaf, pelajar dan petugas barisan hadapan pula.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *