Home » Langit Terbuka » Cristiano Ronaldo rayu sokong pelarian Rohingya

Cristiano Ronaldo rayu sokong pelarian Rohingya

Cristiano Ronaldo.  Foto : cdni.rt.com

BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo terus menunjukkan sokongannya terhadap para pelarian Rohingya di Bangladesh. Hal ini ditunjukkannya dengan memuat naik gambar pelarian Rohingya di akaun instagram peribadinya pada Khamis (15/2).

Dalam gambar yang dimuat naik Ronaldo itu, kelihatan seorang lelaki Rohingya sedang mendukung anaknya yang masih kecil. Pada gambar berikutnya, Ronaldo memuat naik gambarnya yang sedang berkumpul bersama anak-anaknya. Gambar tersebut diberi kapsyen “Satu dunia di mana kita semua mencintai anak-anak kita. Tolong bantu”.

Setelah kapsyen gambar, Ronaldo turut menambahkan tanda #Rohingya dan #Refugee. Gambar tersebut kemudian ditandai ke akaun @SavetheChildren. Gambar Ronaldo ini mendapat `like’ lebih dari 4,5 juta orang.

Di kolum komentar, akaun Save the Children memberikan respons kepada gambar Ronaldo. Save the Children mengucapkan terima kasih kepada Ronaldo kerana telah membangkitkan kesedaran bahawa keluarga dan anak-anak Rohingya saat ini sangat memerlukan bantuan daripada semua pihak.

Krisis Rohingya adalah krisis yang sedang diikuti dunia pada masa ini. Lebih daripada setengah juta etnik Rohingya dari wilayah Rakhine, Myanmar, telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka meninggalkan kampung halaman bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa keganasan dan kekejaman tentera Myanmar. (eramuslim.com) tanwir.my

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *