Home » Citra Yadim » Cuci Cuci Masjid Kampung Layang Layangan bersama YB Menteri di JPM

Cuci Cuci Masjid Kampung Layang Layangan bersama YB Menteri di JPM

LABUAN – Program Ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Cuci Cuci yang menyasarkan kerja pembersihan masjid dengan semangat sukarela dan bergotong royong akan dilaksanakan di Masjid Jamek Kampung Layang Layangan di sini pada 26 Julai (Ahad) ini.

Ia akan diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Selain acara membersihkan masjid seawal jam 8 pagi, turut akan diadakan ialah sumbangan dana kepada tabung masjid berkenaan.

Dr Zulkifli juga dijadualkan untuk menyampaikan sumbangan kepda 100 keluarga asnaf yang dikenalpasti terjejas dengan penularan Covid-19 di kawasan ini selain melakukan ziarah ke kediaman di sekitar masjid.

Program kali ini diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dan Masjid Jamek Kampung Layang Layangan.

Dr Zulkifli sebelum ini pada 7 Julai lalu, melancarkan Program Cuci-Cuci Masjid dan Musa’adah COVID-19 di Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar program ini diteruskan ke seluruh negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *