Home » Langit Terbuka » Menteri nafi peruntukan Mara dipotong 50%

Menteri nafi peruntukan Mara dipotong 50%

Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, MARA menerima peruntukan RM3.705 bilion bagi Belanjawan 2019

KUALA LUMPUR – Dakwaan pemotongan 50% peruntukan bagi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam Belanjawan 2019 adalah tidak benar, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun.

Rina berkata malah agensi di bawah kementerian itu menerima peruntukan RM3.705 bilion bagi Belanjawan 2019.

“Saya ada terbaca (dakwaan pengurangan bajet Mara). Terkejut sangat saya bila dikatakan peruntukan Mara turun daripada RM3.5 bilion kepada RM1.3 bilion.

“Saya menafikan dan fakta itu adalah salah. Sebenarnya peruntukan untuk Mara pada 2019 adalah RM3.7 bilion. RM1.3 bilion itu adalah perbelanjaan mengurus sahaja. Saya minta Ahli Parlimen Rembau (Khairy Jamaluddin) baca buku Belanjawan 2019,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik KPLB 2017.

Rina mengulas kenyataan Khairy yang mendakwa peruntukan Mara dipotong sehingga 50%. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *