Home » Langit Terbuka » Dasar, program pendidikan tahfiz terus diperkukuh

Dasar, program pendidikan tahfiz terus diperkukuh

Mohd Na’im. Foto Bernama

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha memperkukuh dasar serta program pendidikan tahfiz dalam negara seperti dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini adalah termasuk penekanan kepada penguasaan mata pelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahfiz agar fasih dan berkemahiran untuk mentafsirkan ayat-ayat suci al-Quran secara tepat.

“Jabatan ini juga menjunjung tinggi titah Sultan Selangor supaya setiap perbezaan pandangan perlulah diselesaikan secara musyawarah dan tertutup serta meraikan perbezaan pandangan secara ilmiah dan berhemah,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Ujar beliau, jabatan itu akan sentiasa memberi ruang penuh kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

“Kesemua cadangan Jawatankuasa Khas ini akan dikemukakan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan seterusnya diangkat kepada Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi dan diperkenankan,” jelas Mohd Na’im.

Justeru, beliau meminta semua pihak untuk bertenang serta tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mengundang kepada keresahan awam sementara menantikan cadangan daripada Jawatankuasa Khas tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *