Dekat dan santuni golongan rentan di Kuantan

0
344

KUANTAN – Semoga sedikit sumbangan ini akan memperkukuh ukhuwah antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan para penerima.

Demikian antara isi ucapan ringkas, namun penuh pengertian daripada Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan dalam majlis menyantuni golongan rentan di sini pada 26 Februari.

Biarpun ada pelbagai pandangan dilemparkan, namun gerak kerja dakwah badan ini menyantuni semua. Justeru mereka ini tetap mendapat perhatian YADIM.

- advertisement -

Kehadiran mereka ke program ini sekurang-kurangnya merupakan satu permulaan hubungan antara mereka dengan YADIM.

Menerusi program ini, YADIM menyampaikan barangan makanan asasi dan buku Hamba Terpilih terbitan badan dakwah ini sebanyak 150 set. Ia disampaikan sendiri Ustaz Nasrudin Hassan kepada para penerima.

Ia diadakan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, Pertubuhan Nur Fitrah (Fitrah) dan Persatuan Insaf Pahang (PIP).

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Pahang Ustaz Hazmi Dibok, Prof Madya Dr Samsul Draman dan Prof Madya Dr Muhammad Ibrahim dari UIAM Kuantan yang juga penasihat PIP serta Ustazah Rosmani Mustafa dari NGO Fitrah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here