Home » Langit Terbuka » Duta Jepun puji Jais terap nilai murni SRA Integrasi
a

Duta Jepun puji Jais terap nilai murni SRA Integrasi

Duta Jepun, ke Malaysia, Hiroshi Oka ketika bermesra dengan pelajar Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam. - Foto SelangorKini

SHAH ALAM – Duta Besar Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka memuji pelaksanaan program Amal Khair Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diterapkan kepada murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Integrasi Seksyen 19 di sini.

Pertama kali berkunjung ke sekolah berkenaan, Hiroshi mengakui kagum dengan program penerapan nilai murni yang wajar dicontohi sekolah lain.

“Amalan baik ini termasuk Minda Mumtaz (sudut bacaan) khusus di bilik darjah, projek Haruman Kasturi yang menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan tandas dan amalan pemakanan sihat melalui program Halalan Toyyiban dengan kerjasama kantin sekolah.

“Selain itu, Laluan Rosif untuk kaki lima dan perhimpunan bertujuan mendidik murid supaya lebih berdisiplin, amalan membaca menerusi program anjuran pusat sumber sekolah termasuk amalan infaq sebagai galakan bersedekah,” katanya selepas meninjau persekitaran sekolah itu pada 27 Februari

Hiroshi turut berbangga dengan kebolehan murid yang mampu menguasai dan bertutur bahasa Inggeris sepanjang waktu pembelajaran.

“Saya yakin ini semua atas usaha guru yang tidak pernah jemu mengajar mereka. Saya perlu memuji prestasi guru di sekolah ini,” katanya.

Dalam lawatan hampir empat jam, beliau diberi taklimat berhubung pembudayaan Amal Khair oleh Guru Besar, Filzah Mohd Nor sebelum menandatangani buku pengesahan lawatan.

Hadir sama Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Bahagian Pendidikan Islam Jais, Jaafar Komari dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah berkenaan, Taqiuddin Amani Satar. – SelangorKini

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *