Home » Citra Yadim » Ziarah Rahmah PPR Kota Bharu
a

Ziarah Rahmah PPR Kota Bharu

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib pelbagai golongan yang memerlukan di negeri ini.

Pada 27 Februari, mereka telah menyantuni seramai 10 keluarga yang memerlukan di Projek Perumahan (PPR) Rakyat Kota Bharu di sini.

Diketuai oleh Yang Dipertua YADIM sendiri, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, kesemua yang disantuni menerima barangan keperluan harian seperti beras, minyak, gula dan sebagainya untuk meringankan beban mereka.

Turut dibantu ialah sebuah keluarga bukan Muslim di PPR berkenaan, membuktikan badan dakwah ini menyantuni semua yang memerlukan tanpa mengira latar belakang mereka.

Salah seorang ahli keluarga tersebut dikenali sebagai Tom, merupakan seorang aktivis khidmat masyarakat yang sering terlibat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di sini.

Program ini mendapat kerjasama pihak pengurusan PPR Kota Bharu serta persatuan penduduknya.

Selesai menyantuni keluarga yang memerlukan, Nik Omar kemudiannya meneruskan program beliau dengan Kuliah Maghrib, Pelancaran Program Celik Al-Quran serta program ‘Solat Hajat Perdana, Selamatkan Malaysia’ di surau PPR berkenaan.

Artikel Berkaitan

Pelajar terbaik PSRA Selangor peroleh 11A SPM

KUALA LUMPUR – Bekas pelajar terbaik Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) Selangor 2017 mengulangi pencapaian cemerlang apabila memperoleh 11A dalam SPM 2022.

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *