Home » Citra Yadim » Kunjungan HIMSAK ke YADIM

Kunjungan HIMSAK ke YADIM

PUTRAJAYA – Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) hari ini mengadakan kunjungan ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi mencari peluang bekerjasama dengan badan dakwah ini.

Seramai empat orang wakil badan bukan kerajaan (NGO) tersebut, diketuai presidennya, Dato’ Mohd Faizal Daud telah menemui Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz bagi membincangkan apakah peluang kerjasama yang boleh dijalinkan bagi memberi manfaat kepada kedua pihak.

Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Kewangan, Mohd Dawami Awang Senik dan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Mohd Hafiz Musa.

Selain mencari peluang bekerjasama, Mohd Faizal juga menerangkan serba sedikit mengenai NGO tersebut dalam pertemuan itu.

Jelas beliau, HIMSAK ditubuhkan antaranya berperanan untuk pembangunan pendidikan anak Bumiputera yang tidak berkemampuan di Kelantan, membantu menyediakan dana pendidikan, meningkatkan kemahiran insaniah (soft skill) di kalangan siswazah serta melahirkan pelapis pemimpin serta professional di masa hadapan.

Nik Omar dalam reaksinya memberitahu, terdapat bahagian dan sektor yang sesuai untuk diadakan program bersama sekiranya berminat.

Antaranya jelas beliau, sekiranya melibatkan siswazah, ia boleh dianjurkan dengan Sektor Latihan dan Perkaderan manakala program kebajikan dan sosial boleh diadakan secara kerjasama dengan Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM).

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *