Home » Citra Yadim » Gotong royong Surau Seri Paduka

Gotong royong Surau Seri Paduka

BATU KURAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Perak dengan kerjasama Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) pada 20 Julai telah melaksanakan program gotong royong di Surau Seri Paduka di sini.

Bertujuan mengeratkan silaturrahim dengan penduduk kawasan sekitarnya, seramai tujuh kakitngan YADIM telah terlibat dalam program gotong royong ini.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Shahrizal Mat dan Penolong Pengarah YADIM Perak, Abdul Hafiz Mat Tuah.

Petugas YADIM dengan kerjasama penduduk kampung telah membersihkan kawasan dalam dan luar surau serta tempat mengambil wuduk di rumah ibadah ini.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang sangat baik daripada penduduk kampung ini. Selain bersama sama membersihkan surau, mereka turut bermurah hati menyediakan makanan dan minuman untuk para petugas.

Pada sebelah petang pula, kakitangan YADIM telah menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Kampung Batu 14 dan Kampung Sempereh di sini.

Program yang mendapat kerjasamaa Sukarelawan Al Rahmah Batu Kurau ini telah menyantuni sebanyak 14 buah rumah yang penghuninya terdiri daripada ibu tunggal dan asnaf memerlukan. Program menyantuni masyarakat Batu Kurau ini telah berakhir pada jam 5 petang.

 

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *