Home » Citra Yadim » Halaqah Ilmi : Platform penyatuan NGO Islam Kedah

Halaqah Ilmi : Platform penyatuan NGO Islam Kedah

Wakil-wakil NGO Islam Kedah bergambar sejurus selepas tamat program Halaqah Ilmi.

SUNGAI PETANI – Bersesuaian dengan objektif penubuhannya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sememangnya sentiasa komited dalam menjalankan pelbagai usaha bagi menyatukan badan-badan bukan kerajaaan (NGO) Islam di negara ini.

Bagi Zon Utara, YADIM menggunakan platform Halaqah Ilmi sebagai medium untuk NGO Islam di kawasan berkenaan duduk berbincang dalam pelbagai perkara berkaitan isu-isu umat Islam masa kini.

Pemangku Pengarah YADIM Zon Utara, Ustaz Zuhri Hussin berkata, penganjuran Halaqah Ilmi adalah satu usaha untuk membina penyatuan umat Islam dan ia sangat perlu untuk membina fikrah dan perjuangan yang sama.

“Misi dakwah YADIM yang mahu melakukan perluasan dakwah adalah sesuai dengan penganjuran Halaqah Ilmi ini,’’ katanya..

Program Halaqah Ilmi bersama NGO-NGO Islam Negeri Kedah telah diadakan di pejabat YADIM Zon Utara dan dipengerusikan oleh Ustaz Zuhri sendiri.

Lebih 20 wakil NGO Islam telah hadir dalam pertemuan ini yang dijalankan dalam suasana harmoni dan penuh keterbukaan.

Pelaksanaan program ini telah secara tidak langsung menunjukkan kesungguhan dan komited NGO-NGO Islam dalam menjalankan tugasan penyatuan umat Islam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *