Home » Langit Terbuka » Hanya Jabatan Kimia boleh buktikan DNA babi dalam makanan

Hanya Jabatan Kimia boleh buktikan DNA babi dalam makanan

Ketua Pengarah JAKIM berkata, penggunaan alat mengesan DNA babi dalam produk tanpa autoriti dan dilakukan secara individu, dibimbangi akan menimbulkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat. - Foto Kosmo

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan, hanya keputusan oleh makmal Jabatan Kimia Malaysia boleh dijadikan bukti bagi mana-mana kes pengesanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk makanan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata penggunaan alat mengesan DNA babi dalam produk tanpa autoriti dan dilakukan secara individu, dibimbangi akan menimbulkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat.

“Hari ini, ada pihak yang merujuk JAKIM mengenai penjualan sejenis produk yang dikatakan boleh mengesan DNA babi dalam makanan. Suka saya menasihati pengguna agar berhati-hati dan tidak terkeliru dengan produk seperti ini.

“Ini kerana pengesahan kandungan sesuatu produk hanya boleh dibuat oleh pihak yang berautoriti dan diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia dengan kriteria tertentu,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, tersebar mesej mengenai sebuah syarikat dikatakan mengedarkan kit yang boleh mengesan DNA babi dalam makanan hanya 10 minit. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *