Home » Citra Yadim » Is’aadul Usrah dan Musa’adah di Masjid Tengku Abdul Halim, Tualang Tinggi

Is’aadul Usrah dan Musa’adah di Masjid Tengku Abdul Halim, Tualang Tinggi

PASIR PUTEH – Program Musa’adah menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan di negeri ini dengan Selising di sini menjadi lokasi terbaharu program pada 18 Mac.

Lebih unik, kali ini ia dilaksanakan bersekali dengan Is’aadul Usrah di Masjid Tengku Abdul Halim di sini.

Seramai 100 asnaf yang memerlukan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Selising.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Selising, Yang Berhormat Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Hadir sama ke program ini ialah Ketua Jajahan Pasir Puteh, Tuan Haji Ab. Pattah Hasbullah dan Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

Dalam pada itu, bagi tujuan Is’aadul Usrah pula, sejumlah RM15,000 disampaikan kepada pihak Masjid Tengku Abdul Halim.

Program ini diadakan dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri Selising, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Masjid Tengku Abdul Halim dan Sukarelawan YADIM Kelantan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *